16 DISEMBER 2025
MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM SK CHENG
Buat julung kalinya diadakan majlis apresiasi kokurikulum bagi meraikan murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah. Ianya juga bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai lagi yang terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum. Majlis ini juga bukan saja meraikan murid tetapi juga memberi penghargaan kepada guru yang telah melibatkan diri secara aktif baik dI peringkat sekolah mahupun penyertaan luar.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah hari ini. Semoga dengan penghargaan ini anda akan lebih bersemangat dan terus melakukan yang terbaik bagi meningkatkan prestasi diri anda.