• Main
  • News

???? Makluman Kejohanan Sukan Olahraga SK Cheng 2025 ????

Assalamualaikum & salam sejahtera ibu bapa/penjaga yang dihormati ????

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan Olahraga SK Cheng 2025 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

???? Tarikh: Sabtu, 12 Julai 2025
???? Masa: 7.30 pagi – 1.00 tengah hari
???? Tempat: Padang SK Cheng

Acara-acara yang akan dipertandingkan termasuklah:

????‍♂️ 100 Meter (Tahun 1 – Tahun 6 dan PPKI)
????‍♀️ 4 x 100 Meter (Tahun 4 – Tahun 6)
????️‍♂️ Tarik Tali Akhir (Merah VS Biru)

Sehubungan itu, semua ibu bapa/penjaga dijemput hadir bagi memberikan sokongan dan semangat kepada anak-anak yang bertanding. Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai bagi memeriahkan lagi kejohanan ini.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan sangat penting dalam menjayakan program ini. Terima kasih atas perhatian dan sokongan berterusan.

Sekian, terima kasih.

????
SK Cheng


About Us

Read More