
PROGRAM JELAJAH SEKOLAH BLINK
Unit Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Cheng telah menjemput Syarikat Blink Books untuk mengadakan Program Jelajah Sekolah ini. Program ini diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan dunia penulisan dan penerbitan buku kepada para pelajar serta memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang berminat dalam bidang ini.
Kehadiran penulis jemputan; En Ilyas Saaid telah berkongsi pengalaman beliau sepanjang menjadi seorang penulis buku telah berjaya membuka mata murid-murid SK Cheng mengenai kerjaya seorang penulis buku.
Mari kita saksikan bingkisan perjalanan program tersebut.